Asslammualaikum,annyeong everyone 😊
Sudah lama tidak berblogging by the way,
new blog new look! Good bye to old look ! 😂.Zaman kanak kanak aku dah habis dengan entry hiburan yang pelbagai.Bila tengok balik rasa terhibur.Penulisan yang tunggang langgang dan penuh dengan rasa suci *innocent. Nak throwback balik masa mula - mula masuk universiti.
5 hari bulan 9 tahun 2018 merupakan tarikh aku memasuki universiti untuk sambung belajar ke peringkat degree. Sebelum masuk ke alam universiti ini banyak perkara yang berlegar di pemikiran aku.Bimbang ? Semestinya. Namun, doa sahaja yang aku mampu untuk menghadapi cabaran yang akan datang.
Alhamdulillah,aku dapat universiti yang aku impikan walaupon agak risau sebelumnya. Berkat doa dan ibu bapa yang berterusan. Jangan pernah berhenti doa, doa adalah senjata bagi umat islam.Sesungguhnya Allah yang menentukan jalan hidup kita.
Tapi bukan mudah sebab kos yang aku dapat bukan kos yang aku inginkan.Jadi aku hanya mampu belajar daripada orang yang lebih tau dari aku dan cuba untuk minat kos itu.Sungguh,ramai lagi orang yang senasib denganku. Perkara itu, membuatkan aku lebih yakin dengan masa depan aku. Personaliti aku makin hari makin berubah sejak masuk ke alam universiti. Walaupun dah berubah sejak dari zaman stam lagi. I want to know more about people!
Aku agak risau dengan pengaruh kawan.Apa yang aku buat ambil yang positif buang yang negatif. Easy peasy! Tak jugak kadang kadang kita akan terpengaruh dengan persekitaran yang negatif.Tapi nak buat macam mana, kita layan kan lah! Nama pon berkawan! Bukan mudah untuk berkawan.Kena tunggu masa bila kita dapat masuk dengan dia ni haa masuk air ke tak ni ? Hahahah..Alhamdulillah aku dapat kawan rumah yang baik . Aku sayang diorang semua walaupon ada yang aku tak rapat,tak dapat masuk air sekali.Roomate yang baik dan kadang kadang ada jugak masalahnya aku abaikan.Tapi benda tu buat aku overthinking.Kadang aku tak pandai nak tanya orang tu bila dia ada masalah. Sampai lah bila sembang sembang dia buka cerita tentang masalah dia.Wow, It's a good thing ! So aku tak perlu risau nak tanya. Tapi tu lah aku ni jenis yang risau pasal orang tapi tak pandai nk tanya,lepas tu overthinking. Susah kan jadi perempuan ni. Complicated.Lagi lagi dapat roomate yang complicated.
Jadi bila dah masuk alam degree untuk sem 1 ni,aku merajinkan diri untuk buat kerja lebih awal. Almaklumlah bukan semua orang boleh buat kerja last minit tapi aku pon terikut jugak.Nasib ada teamwork yang boleh buat last minit tak adalah aku nak kelam kabut sangat.Aku mengharapkan semua yang baik baik sahaja untuk teamwork yang akan datang macam ni.teamwork pon dengan kawan dalam rumah.Entry ni pon dibuat sebab nak buat assignment jadi terhasil lah entry yang begini.Done .